Jelajah ke Ipoh Perak ini kami memutuskan untuk menaiki perkhidmtan KTMB dari Kluang. Memandangkan masing-masing daripada kami berasal dari negeri paling selatan iaitu Johor. Aku dari Batu Pahat, Hilmi dari Mersing dan Faiz dari Kluang. So kami berkumpul di Stesyen KTMB kluang pada 19 Januari 2016 memandangkan Tiket telah dibeli oleh Hilmi seminggu awal dengan harga RM40.00.
-19 Januari 2016-
Pagi tu aku dan hilmi memasing bertolak dari batu pahat dan mersing. Tetapi hilmi tumpang parking kereta di rumah faiz di kluang manakala aku pula dihantar oleh bonda ke stesyen KTMB Kluang. Ini merupakan pebgalaman baru buat aku untuk menaiki keretapi bagi jrak yang jauh. Sekitar kurang lebih 10.50 pagi kererapi senandung tiba untuk ke ipoh . Waktu itu kami bertiga ditempatkan gi gerabak R1. Perjalana mengambil masa kurang lebih 8 jam dimana kami tiba di stesyen KTMB Ipoh sekitar jam 7.20mlm . Ketibaan kami disambut oleb rakan rumah sewa kami iaitu Syazwan Sapie. Beliau merupakan anak jati Ipoh Perak. Pada malam itu kami bertiga dibawa ke berjalan sekitar bandaraya ipoh kemudian kami berhenti makan di kawasan GreenTown. Malam tu aku makan nasi goreng ayam pedas, faiz makan nasi goreng pataya banjir dan hilmi serta syazwan kongsi makan yong tau fu . Seterusnya kami ke Gerbang malam terdapat pelbagai jenis kedai jalanan yang menjual pelbagai jenis barang. Kalau di Johor Bahru ada pasar karat di ipoh ada gerbang malam. Kemudian kami pulang ke rumah keluarga syazwan yang terletak di Kg Temiang untuk rehatkan diri.
-20 Januari 2016-
Aktiviti pada pagi itu kami telah ke Lost World of Tambun bersama-sama 2 orang rakan rumah sewa yang lain iaitu Syed dan Jan . Masing-masing dari Batu Gajah dan Manjung(rumah kakak dia) tempat asal yg sebenarnya dari kedah .
Kami bertolak dari rumah syazwan sekitar jam 10.15 pagi. Sesampaj sahaja di Lost World of Tambun kami terus membeli tiket masuk dengan harga asal RM58 tetapi kami dapat diskaun dengan menggunakan kad siswa harga tiket masuk menjadi RM52 . Seperti kebanyakkan orang yang lain tujuan ke sini untuj mandi kolam begitu juga kami. Segala perkhidmatan aktiviti yang disediakan kami main . Kami mandi bagai gak ingat dunia dari sekitar jam 11.00 pagi sehinggalah sekitar jam 3 petang . Kemudian sekitar jam 4 kami pergi ke pertunjukan memberi makan kepada harimau dan pertunjukan persembahan beberapa jenis haiwan yang lain. Kemudian kami ke bahagian zoo pula dimana terdapat pelbagai jenis haiwan ditempatkan disitu. Sekitar jam kurang lebih 5.30 kami pulang dan membeli sedikit cenderahati sebagai tanda kenangan kami disini. Dalam keadaan yang tengah lapar teruk disebabkan makanan didalam Lost Word Of Tambun agak mahal kami terus ke kedai makan restauran selma masakan tom yam yang berhampiran dengan Politeknik Ungku Omar dan IPG Kemudian kami pulang untuk merehatkan badan dan membersihkan badan. Malam itu pulang kami telah bersiar-siar di Kinta River Front / Kinta River walk. Sebelum pulang kami singgah makan di Nasi Vanggey . Selepas makan kami terus pulang ke rumah syazwan untuk berehat manakala Syed dan Jan pulang ke kediaman syed untuk berehat. Dan malam itu salah sorg dari kami demam .
-21Januari2016-
Aktiviti pada hari ini bermula lambat ciked sebab salah seorang dari kami demam panas. Benda dah nak jadi . Bukannya sakit ini diminta minta. Mungkin sebab penat sehari di Lost World of Tambu semalam. Hihi . Kami tunggu Syed dan Jan tiba di rumah Syazwan dan mereka tiba kurang lebih jam 12.00tgh. So aktiviti bermula selepas Zuhur kurang lebih jam 2.00 petang macam tu. Mula-mula kami ke Klinik 1 Malaysia untuk bawak orang demam ni . Kemudian ke Taman Rekreasi Gunung Lang . Kami beli tiket untuk ke seberang tasik rm5.00 seorang. Dalam tasik tu terdapat pelbagai jenis ikan yang aku kenal ikan keli, ikan talapia dan macam-macam jenis ada . Kemudian daripada Taman Rekreasi Gunung Lang kami ke Padang Polo . Padang Polo ini sangat popular di kalangan masyarakat tempatan dengan laksa. Aku pon x sempat merasa laksa sbab masih kenyang tapi dahaga disebabkan tengah musim panas. So aku just beli green tea yg merupakan favorite aku . Nasib sedap kalau tak mau kena maki. Masa kat sinilah untuk cuci mata melihat keindaha ciptaan tuhan . Hihii. Yang lain beli ikot flavor kesukaan masing-masing. Sebelom balik tu singgah jap ke KTMB Ipoh untuk beli tiket balik ke Kluang . Harga still sama RM40.00. Kemudian kami pon pulang kerumah syazwan untuk rehatkan badan . Syed dan Jan pon pulang ke rumah masing-masing. Di sebabkan salah sorg kami demam malam itu kami tak melakukan sebarang aktiviti dan kami nak dia berehat .
-22 Januari 2016-
Pagi itu sekitar jam 10.00 pagi kami bertolak ke Batu Gajah ke rumah syed untuk menjemput beliau. Kemudian kami singgah ke Kellie's Castle untukmelihat bangunan peninggalan sejarah yang masih terpulihara . Selepas itu, kami meneruskan perjalanan untuk ke Manjung untuk makan tengahari di rumah kakak kepada Jan. Tapi sebelum tiba di Manjung kami singgah ke sebuah Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat di sekitar kawasan sebelum Seri Iskandar. Seusai solat kami meneruskan perjalanan kami. Tiba sahaja di rumah Jan yang terletak di Fasa 3 Bandar Manjung kami terus makan tengahhari dan terus rehatkan badan sehingga jam 3.00 petang, kemudian kami ke aeon Manjung membeli beberapa barang untuk melakukan BBQ di Pantai Teluk Batik sehingga sekitar jam 7.00 dan kami lalu di Jeti Manjung sebelum meneruskan perjalanan pulang. Kami hantar syed di Batu Gajah . Selepas itu kami singgah ke kedai Azhar D Bali Gerai Limau yang menjual limau Bali Tambun atau Pamelo sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke Johor. Selepas itu terus kami pulang ke rumah syazwan untuk rehatkan diri.
-23 Jamuari2016-
Hari terakhir di Ipoh Perak . Tiket pulang ke Kluang dari Ipoh pada jam 10.35 pagi . Pagi tadj kami bangun agak lewat sebab terlalu letih mungkin. Sekitar jam 9.00 pagi kami telah keluar mencari sarapan sebelum ke KTMB Ipoh. Kami telah bersarapan di Medan selera Dato Sagor yang tidak jauh dari bagunan KTMB Ipoh. Terima kasih Syazwan sekeluarga kerana membenarkan kami berteduh dan tido disana selama 5 hari 4 malam. Terima kasih juga kepada syazwan, syed dan jan kerana melayan karenah kami sepanjang kami di sana , sekarang masih lagi dalam train . Perjalanan keretapi apai ini dijangka tiba sekitar jam 6.30 ptg .
P/s : terima kasih atas layanan orang Utara Syazwan Syed dan Azuan dan terima kasih buat Hilmi Azman dan Faiz Ariffin kerana mengajak Din ikot trip korg . Love u guys .